Wednesday, July 29, 2009

Tuhan....
ke mana harus aku mengadu bila kurasakan diri tidak mampu menjadi wanita yang sempurna
bila setelah sekian lama aku menyayanginya.............. namun baru terbongkar kini, aku tidak layak berkongsi impian dengannya

akukah yang berdosa kerana menerima cintanya dulu .......
namun apapun aku takkan mampu memenuhi impiannya itu
kerana aku adalah aku, akau tidak mahu menjadi orang lain

terjawab kini mengapa dia tidak pernah mengingat hari lahirku,
tidak pernah memberi aku galakan
kerana aku tidak pernah layak untuknya

tahulah aku kini, aku hanya ada tuhan di dalam hidupku

terima kasih allah kerana memberi aku kesempatan mengecap hidup ini
merasa bagaimana indahnya bila jatuh cinta....

terima kasih juga padanya kerana pernah memberi secebis rasa sayang untukku

aku sedang mencari jawapan.... masihkah ada sayang untukku
ikhlaskah untukku selama ini

akukah seorang wanita yang terlalu banyak minta
akukah seorang wanita yang tidak tahu bersyukur
aku tidak mahu menghukum diri sendiri
aku sedar kekurangan diri, tapi akukah yang harus dipersalahkan

akulah seorang wanita yang sedang belajar menerima takdir diri...
aku redha menjadi lilin membakar diri ....

bantulah hambamu ya allah....